Peranan The Stig

The Stig dinyatakan di samping Jeremy Clarkson, Richard Hammond, dan James May sebagai penyampai Top Gear dalam senarai penghargaan di akhir rancangan. Peranan-perana utama The Stig dalam rancangan ini tertumpu pada balapan ujian Top Gear di Dunsfold Aerodrome, Surrey. Dua fungsi utamanya adalah mencatat masa pusingan dengan memandu kereta-kereta sorotan dalam segmen 'Power Laps', dan melatih tetamu selebriti untuk mencatat masa pusingan dalam balapan dalam segmen 'Star in a Reasonably Priced Car'.[5][6][7]

Apabila mula-mula diperkenalkan, the Stig dihuraikan sebagai pemandu uji tetap Top Gear kerana para penyampai yang lain sendiri tidak boleh mencatat masa pantas secara konsisten. Misinya dinyatakan hanya untuk "keluar dan pandu laju-laju".[ep 1] Ini dicerminkan oleh Stig asal, Perry McCarthy, dalam temubual pada tahun 2006, yang menyatakan betapa perlunya pemandu lumba sebagai sebahagian barisan penyampai untuk mencatatkan masa pusingan terpantas untuk kereta yang diuji.[4]

Kerahsiaan identiti juga membantu rancangan ini mudah menangani situasi yang mana syarat-syarat insurans menuntut supaya hanya pemandu uji yang digaji oleh pengeluar boleh menjalankan pusingan pecut atas sebab nilai dan/atau kejarangan kereta yang terlibat. Pemandu uji itu boleh memakai kostum Stig dan tiada perlunya untuk menjelaskan bahawa pemandu lain sedang menguji kereta-kereta tertentu.

Rujukan

WikiPedia: The Stig http://findarticles.com/p/articles/mi_qn4161/is_20... http://transmission.blogs.topgear.com/2009/06/20/j... http://live.topgear.com/world_tour/worldtour2009/n... http://www.topgear.com/uk/videos/stig-revealed? http://www.topgear.com/uk/videos/the-stig--hms-inv... http://www.amazon.co.uk/Flat-Out-Broke-Formula-Har... http://www.autotrader.co.uk/EDITORIAL/CARS/FEATURE... http://www.autotrader.co.uk/EDITORIAL/CARS/FEATURE... http://www.autotrader.co.uk/EDITORIAL/CARS/news/AU... http://news.bbc.co.uk/1/hi/entertainment/8111588.s...